Laluan lori balak lengang - Utusan Malaysia

Laluan lori balak lengang

JALAN Gua Musang-Lojing yang menjadi laluan utama lori dan treler kayu balak lengang dengan kenderaan berat itu. - AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Jalan Gua Musang-Lojing, dekat sini yang menjadi laluan utama lori dan treler kayu balak dilihat ‘lengang’ sejak minggu lalu susulan sebuah tempat pengumpulan hasil di Kuala Betis disita Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK).

Tinjauan Utusan Malaysia semalam mendapati, bukan sahaja aktiviti mengangkut balak, malah, suasana juga sepi di matau balak itu tanpa pekerja dan beberapa jentera tersadai di kawasan berkenaan .

Seorang penduduk Orang Asli Kampung Teranek, Kuala Betis, Sarinah Mok Ah Chai, 41, berkata, sebelum ini mereka dapat melihat setiap jam lori balak keluar dan masuk mengangkut muatan balak.

Dakwanya, aktiviti pembalakan di kawasan pedalaman memang berleluasa sejak berpuluh tahun lalu.

“Kami tidak tahu sama ada pihak pembalak yang terlibat mempunyai lesen atau tidak. Kami hanya nampak longgokan balak.

“Setiap hari kami tengok lori balak melalui kawasan ini, tetapi sejak kebelakangan ini susah nampak kenderaan itu,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Johny Ali, 46, berkata, selaku Orang Asli yang tinggal di kampung itu sejak lebih 40 tahun lalu, dia bersedih apabila sumber semulajadi semakin pupus akibat penerokaan hutan.

Katanya, sejak dulu Orang Asli bergantung mencari sumber makanan di dalam hutan, namun kini semakin berkurangan.

“Setiap tahun bencana alam seperti banjir atau tanah runtuh berlaku dan kami yakin masalah itu disebabkan pembalakan.

“Bagi masyarakat luar yang rakus mereka hanya fikir duit saja dan kami masyarakat Orang Asli yang terkesan,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Save Kelantan, Datuk Husam Musa mendedahkan kompartmen 26 di HSK Nenggiri diwartakan sebagai hutan dara perlindungan, namun diluluskan untuk pembalakan kepada sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Kelantan.

Beliau turut mendakwa, wujud kes kecurian balak di kawasan bersebelahan, iaitu kompartmen 25, yang membabitkan anggaran kerugian kira-kira RM5 juta.

Mengenai kecurian balak, JPNK sudah membuka kertas siasatan berkait isu kecurian balak yang didakwa berlaku di HSK Nenggiri pada awal bulan ini. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya