PETALING JAYA: Kerajaan disaran mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab membina rumah mampu milik atau memberikan lebih banyak subsidi supaya harga rumah dapat ditawarkan dengan lebih berpatutan kepada pembeli terutama dalam kalangan yang kurang berkemampuan. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Pemangku Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Datuk N. K. Tong menyifatkan subsidi itu amat diperlukan kerana kenaikan harga rumah tidak dapat dielakkan ekoran inflasi yang menyebabkan peningkatan kos bina rumah.…










