Jual roti canai 70 sen sejak 35 tahun - Utusan Malaysia

Jual roti canai 70 sen sejak 35 tahun

Roti telur pula dijual dengan harga RM1.50 sekeping, roti sardin (RM2.50), manakala kopi O dan teh O masih dijual dengan harga RM1 segelas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Walaupun berdepan isu kenaikan harga tepung dan minyak masak, peniaga roti canai, Mohd. Akhir Dollah, 57, tetap menjual roti canai pada harga 70 sen sekeping.

Menurutnya, walaupun ada cadangan daripada rakan-rakanya supaya menaikkan harga menjadi RM1 atau RM1.20 sekeping, namun dia enggan berbuat demikian.

Roti telur pula dijual dengan harga RM1.50 sekeping, roti sardin (RM2.50), manakala kopi O dan teh O masih dijual dengan harga RM1 segelas.

“Air milo, nescafe pula RM1.50 segelas. Jika ditambah ais RM2, manakala teh ais dan kopi ais pula RM1.50 segelas harga turut dikekalkan sejak 30 tahun semasa mula menjalankan perniagaan makanan,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di Pekan Nanas, di sini.

Dia mula berniaga roti canai di warung di hadapan Maybank Pekan Nanas pada tahun 1987 sebelum berpindah ke gerai Majlis Daerah Pontian (MDP) pada tahun 2012.

Gerai yang dibuka pukul 6.30 pagi hingga 3 petang, Mohd. Akhir dibantu oleh empat pekerja tetap turut menjual nasi campur sebagai menu tambahan pada setiap hari kecuali Ahad.

“Alhamdulillah, saya masih dapat bertahan walaupun ketika ini berlaku kenaikan harga barangan asas seperti tepung dan minyak masak, namun rezeki saya untuk keluarga seramai sembilan orang masih ada.

“Pelanggan yang datang dari pelbagai kaum, bukan sahaja Melayu malah orang India dan Cina yang datang membeli termasuk sektor pekerja industri, kakitangan bank dan sebagainya,” ujarnya.

Pada hari-hari biasa dia mampu menjual 400 keping roti canai yang memerlukan penggunaan tepung sebanyak 15 kilogram, manakala hujung minggu sehingga 600 keping.

Menurut Mohd. Akhir, dua anaknya, Mohd. Izuan, 27, dan Siti Syazwani, 16, turut berkebolehan menebar roti canai jika dia bercuti atau kurang sihat.

Selain dimakan dengan kuah kacang dal, pelanggan juga boleh memilih kuah kaki ayam atau sardin, menjadikan gerai Mohd. Akhir sering menjadi tumpuan orang ramai pada awal pagi sehingga pelanggan terpaksa menunggu giliran. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya