Tindakan jika tidak daftar, bayar caruman pekerja selepas 31 Mei

Tindakan jika tidak daftar, bayar caruman pekerja selepas 31 Mei

AWANG Hashim menyerahkan cek dan bakul prihatin Perkeso kepada Ibrahim Majid (dua dari kiri) sambil diperhatikan isterinya, Norhayati Saad di Jeti Pelancongan Pekan Rabu, Kuah, Langkawi. - UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Majikan diingatkan supaya mendaftar dan membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pekerja sebelum 31 Mei ini atau berdepan tindakan tegas.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, majikan mempunyai tempoh berbuat demikian sehingga 31 Mei ini.

Menurutnya, Perkeso akan melaksanakan Op Kesan di seluruh negara bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap majikan yang masih berdegil bermula 1 Jun ini.

“Majikan yang mendaftar secara sukarela sebelum tarikh pemutihan berakhir (31 Mei) akan dikecualikan daripada tindakan kompaun, pendakwaan dan faedah caruman lewat bayar. 

“Op Kesan akan dibuat menyeluruh dan majikan yang degil akan dikenakan kompaun serta merta, malah jika perlu kita akan buka kertas siasatan untuk pendakwaan,” katanya.

Beliau berkata demikian  pada sidang akhbar selepas Program Perkeso Prihatin di Jeti Pelancongan Pekan Rabu, Kuah di sini, hari ini.

Turut hadir dalam majlis sama, Timbalan Pengarah Perkeso Negeri Kedah, Mohd. Asri Mohd. Rasid, Pengurus Perkeso Langkawi, Yusuf Kasim.

Awang memberitahu, majikan yang ingkar mendaftar dan membayar caruman Perkeso bakal berdepan dengan tindakan denda RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua sekali.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan cek faedah pengurusan jenazah Perkeso sebanyak RM2,000 kepada bapa mangsa lemas, Ahmad Nur Hassanuddin, Ibrahim Majid, 68.

Mayat Ahmad Nur Hassanuddin, 24, yang merupakan kru kapal layar ditemukan lemas selepas terjatuh dari bot dinaikinya di perairan Penarak, Kuah, Rabu lalu, sebelum mayatnya ditemukan tiga hari kemudian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya