Suami isteri direman siasatan kes dera

Suami isteri direman siasatan kes dera

PASANGAN suami isteri dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini untuk permohonan reman siasatan kes dera kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian di Desa Pengkalan, Ipoh. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sepasang suami isteri direman seminggu bagi membolehkan polis menyiasat kes dera menyebabkan kematian kanak-kanak yang juga anak saudara mereka di Desa Pengkalan di sini, semalam.

Perintah remah kedua-dua suspek berusia 40 tahun itu bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah di Mahkamah Majistret Ipoh di sini.

Terdahulu, suspek wanita yang memakai pakaian lokap berwarna jingga itu tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9.15 pagi diikuti suaminya setengah jam kemudian.

Menerusi laporan media semalam, perbuatan pasangan suami isteri itu terbongkar selepas pegawai perubatan yang bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini menemukan kesan kecederaan pada tubuh kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu.

Mangsa yang dikejarkan ke HRPB dengan menaiki ambulans disahkan meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi.

Hasil bedah siasat yang dijalankan pakar patologi di Jabatan Forensik HRPB mendapati punca kematian mangsa akibat ‘multiple blunt injury’.

Berdasarkan siasatan polis, kedua-dua suspek merupakan penjaga mangsa dan adik lelakinya yang berusia enam tahun. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya