KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Khas (EGM) UMNO semalam meluluskan pindaan perlembagaannya yang membolehkan pemilihan parti dibuat enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU). Pindaan Perlembagaan tersebut melibatkan 3 Fasal iaitu Fasal 10.16, 15.3 dan 18.2 yang kesemuanya melibatkan penangguhan pemilihan di semua peringkat Majlis Kerja Tertinggi, Bahagian dan Cawangan. Usul pindaan itu dibentangkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan mendapat sokongan sebulat suara daripada perwakilan yang hadir.…










