Pekebun Kedah tanam ketum ganti getah

Pekebun Kedah tanam ketum ganti getah

Pekebun di Kedah kini menanam ketum secara meluas di Kampung Chang Deng, Naka, Padang Terap dan penduduk sanggup menukar pokok getah kepada ketum berikutan hasil yang lumayan. – uUTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Pekebun di daerah Baling, Sik, Padang Terap dan Pendang kini beralih menanam ketum dalam skala besar kerana lebih menguntungkan walaupun tanaman itu belun lagi dihalalkan untuk urus niaga..

Ekoran itu mereka mula menukar corak pertanian mereka daripada tanaman getah, buah-buahan dan sayur-sayuran kepada tanaman tanaman berkenaan.

Malah, banyak kawasan baharu diteroka semata-mata untuk diusahakan dengan tanaman tersebut sejak tahun lalu termasuk yang diusahakan secara terbuka di tepi jalan..

Ketum dikatakan mendapat permintaan yang tinggi di Thailand terutama selepas kerajaan Thailand membenarkan penggunaannya sebagai ubat herba pada Ogos tahun lalu.dan difahamkan ketum dari daerah Padang Terap berkualiti tinggi.

Seorang penanam dari Naka yang hanya dikenali Ramli, 56, berkata, dia mengusahakan tanaman ketum kerana percaya mendapat pulangan lebih lumayan berbanding tanaman pisang yang diusahakan sebelum ini.

Menurutnya, dia menanam pokok tersebut bagi menggantikan pisang di kawasan seluas 0.4 hektar dan mampu meraih pendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 dalam tempoh 40 hari.

Sistematik

“Tanaman ketum di daerah ini diusahakan secara moden dan sistematik dengan menggunakan alat penyiram serta dibaja pada masa tertentu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Pada masa ini, jumlah keluasan tanamannya di seluruh Kedah dianggarkan kira-kira 140 hektar melibatkan 84,577 batang pokok dengan melibatkan seramai 177 petani.

Daerah Padang Terap merekodkan kawasan paling luas iaitu 94.36 hektar hektar, Pendang (30.5 hektar), Sik (7.2 hektar) dan Baling (3.7 hektar).

Seorang lagi penanam dari Padang Serai, Namron, 47, pula berkata, terdapat banyak penduduk mengambil kesempatan menanam ketum secara komersial kerana keadaan cuaca dan tanah di daerah ini sesuai dengan tanaman itu.

Katanya, dia sendiri menukar tanaman getah seluas satu hektar kepada tanaman ketum untuk menambah pendapatan.

“Saya percaya taraf hidup penduduk di daerah ini akan lebih tinggi sekiranya kerajaan membenarkan tanaman ketum untuk perubatan di negara ini,” ujarnya.

Sam Chuk, 40, dari Nami pula berkata, keputusan kerajaan Kedah untuk memohon kelulusan tanaman ketum bagi tujuan eksport sebelum ini juga mendorong lebih ramai penduduk mengusahakan tanaman itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN