Mesyuarat Akta Anti Lompat Parti pada 19 Mei - Utusan Malaysia

Mesyuarat Akta Anti Lompat Parti pada 19 Mei

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Bagi Menimbang Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti akan mengadakan mesyuarat seterusnya pada 19 Mei nanti.

Pengerusi jawatan kuasa itu,  Datuk Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ahli-ahli jawatankuasa menunjukkan komitmen masing-masing bagi menjayakan agenda itu.

“Jawatan kuasa ini akan bermesyuarat semula pada 19 Mei untuk meneliti draf Rang Undang-Undang yang disediakan oleh pihak Jabatan Peguam Negara berpandukan maklum balas yang diterima melalui semua keputusan dasar dan perincian tafsiran yang telah dibuat masyuarat semalam.

“Segala prosiding dalam Jawatankuasa Pilihan Khas ini akan direkodkan dalam satu penyata selaras dengan ketetapan Peraturan Mesyuarat 80 (1). Penyata ini akan dibentangkan kepada Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas untuk mendapat persetujuan dan seterusnya akan dibentangkan serta dibahaskan dalam sidang khas Dewan Rakyat yang dicadang untuk diadakan pada Jun 2022.

“RUU ini dicadang akan dibentangkan dan dibahaskan di kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada masa yang akan di tetapkan nanti,” jelasnya.

Terdahulu, Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti digesa dilaksanakan oleh Pakatan Harapan (PH) tidak lewat daripada mesyuarat pertama Parlimen 2022, iaitu pada bulan Mac lalu susulan daripada persetujuan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai September lalu.

Menurut Wan Junaidi, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ini juga telah mendapatkan pandangan bertulis (written submission) daripada badan bukan kerajaan (NGO), Kumpulan Masyarakat Madani (CSO), parti-parti politik dan pakar akademik berkaitan parameter gubalan Rang Undang-Undang ini.

“Mesyuarat ini seterusnya akan meneliti pandangan bertulis tersebut sebelum RUU ini dapat dimuktamadkan.

“Sehingga kini, prestasi jawatankuasa ini adalah sangat mengalakkan dengan sokongan semua ahli Jawatankuasa Pilihan Khas termasuk kerjasama daripada Parlimen Malaysia, Bahagian Hal Ehwal Undang[1]Undang, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Keahlian jawatan kuasa itu terdiri daripada beberapa ahli Parlimen termasuk Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas), Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Kota Bharu), Lukanisman Awang Sauni (Sibuti), Gobind Singh Deo (Puchong), Mohamed Hanipa Maidin (Sepang), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (Tuaran), Datuk Seri Saifuddin Nasution (Kulim-Bandar Baharu) dan Datuk Ignatius Dorell Leiking (Penampang).

Tambah Wan Junaidi, mesyuarat jawatankuasa yang berlangsung semalam telah mencapai kata sepakat hampir semua perkara oleh ahli-ahli jawatankuasa. 

“Kesepakatan dicapai untuk hampir semua perkara dasar mengenai gubalan Rang Undang-Undang ini sepertimana yang di usul di bawah Peraturan Mesyuarat 54(2) dan Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas di bawah Peraturan 81(1) Majlis Dewan Rakyat yang telah diluluskan semasa sidang Mesyuarat Khas pada 11 April 2022 yang lalu.

“Draf RUU ini juga akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik untuk di maklumkan kepada Jawatankuasa Pemandu tersebut,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN