KUALA LUMPUR: Jenama kesihatan dan kesejahteraan semula jadi global, Bragg melancarkan produk terbaharunya, Bragg Organic ACV Blends di Malaysia menerusi kerjasama strategik bersama rangkaian farmasi runcit terkemuka negara, Big Caring Group.
Pelancaran itu turut menandakan peranan Matahari Sdn. Bhd. sebagai pengedar tunggal produk Bragg di Malaysia bagi memastikan ketersediaan produk secara meluas di seluruh negara.
Pengarah Unit Perniagaan kategori Makanan Kecantikan, Bayi & Kesihatan Big Caring Group, Foo Fung Jiun berkata, Organic ACV Blends menampilkan formulasi yang lebih baik yang direka untuk menyokong gaya hidup aktif dan mementingkan kesihatan.
“Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama kami untuk membawa kesejahteraan yang bermakna dan berkualiti tinggi produk kepada pengguna Malaysia melalui rangkaian farmasi runcit kami yang luas.
“Di Big Caring Group, kami memberi tumpuan untuk memastikan produk yang kami bawa adalah relevan dengan keperluan gaya hidup pelanggan kami,” katanya dalam majlis pelancaran produk tersebut, di sini hari ini.
Pelancaran di Malaysia memperkenalkan dua varian iaitu Cranberry Apple dan Citrus Ginger yang menawarkan pilihan minuman berperisa untuk pengambilan harian.
Varian Citrus Ginger menggabungkan cuka epal organik bersama rasa sitrus dan halia, manakala Cranberry Apple menawarkan profil rasa buah-buahan yang lebih kaya.
Kedua-dua produk dihasilkan menggunakan epal organik sepenuhnya dari Amerika Syarikat melalui proses penapaian semula jadi serta mengandungi 750 miligram asid asetik bagi setiap hidangan.
Produk itu juga tidak mengandungi pewarna tiruan, gula diproses mahupun bahan pengawet.
Sementara itu, Pengarah Pembangunan Perniagaan Matahari Sdn. Bhd., Annie Sim berkata, Bragg Organic ACV Blends melambangkan fasa baharu jenama itu dalam aspek inovasi dan pembangunan produk berteraskan pengguna.
“Syarikat memainkan peranan penting dalam memperkukuh kehadiran Bragg di Malaysia dengan memastikan akses produk yang lebih meluas di seluruh negara,” katanya.
Produk teras Bragg Organic Apple Cider Vinegar telah memperoleh pensijilan halal di peringkat operasi global selepas melalui audit menyeluruh melibatkan sumber bahan, integriti pengeluaran dan piawaian kebersihan.
Bagaimanapun, rangkaian Bragg Organic ACV Blends ketika ini masih belum mempunyai pensijilan halal dan logo halal tidak dipaparkan pada produk tersebut di pasaran Malaysia.
Menurut Bragg, perkara itu mencerminkan komitmen syarikat terhadap komunikasi yang telus selain mematuhi amalan pembuatan yang bertanggungjawab dan inklusif di peringkat global. – UTUSAN










