KUALA LUMPUR: Walaupun semua pemimpin parti dan ahli politik senada terhadap rancangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti, ada dalam kalangan mereka mahu tafsiran undang-undang itu diteliti khususnya tentang definisi sebenar amalan lompat parti. Malah ada ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam pembahasan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di Parlimen hari ini mencadangkan undang-undang Anti Lompat Parti perlu merangkumi senator atau ahli Dewan Negara di samping ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Misalnya Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya