Pulau Pinang lulus Pewartaan Perintah Kawalan Penyakit ASF - Utusan Malaysia

Pulau Pinang lulus Pewartaan Perintah Kawalan Penyakit ASF

NORLELA ARIFFIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pulau Pinang meluluskan Pewartaan Perintah Kawalan Penyakit African Swine Fever (ASF) bagi membendung penularan penyakit ASF daripada menjangkiti industri ternakan khinzir di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar serta Kesihatan negeri, Dr. Norlela Ariffin, ini kerana terdapat ladang komersil khinzir di negeri sempadan Pulau Pinang iaitu di Perak telah pun di jangkiti ASF pada 28 Mac lalu.

“Mesyuarat Exco semalam telah meluluskan cadangan Pewartaan Perintah Kawalan Penyakit ASF bagi membendung penularan penyakit ASF di negeri ini.

“Pewartaan perintah ini akan memberikan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang kuasa yang lebih menyeluruh bagi mengawal penularan penyakit ASF dalam ternakan babi dengan segera seperti dinyatakan dalam Seksyen 36 Akta Binatang 1953 (Akta 647),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, JPV mengesahkan kejadian penyakit pada babi hutan yang berlaku di Bidor dan Sungkai, Perak serta Jerantut, Pahang.

Pada 28 Mac lalu pula, sebuah ladang komersil ternakan khinzir di Bidor disahkan positif penyakit berkenaan.

Dalam pada itu, Pengarah JPV Pulau Pinang, Dr. Saira Banu Mohamed Rejab berkata, setakat ini tiada kes jangkitan penyakit ASF dikesan di ladang ternakan haiwan itu di negeri ini.

“Belum ada kes penyakit ASF dikesan sekarang dan disebabkan itu kita memohon untuk mewartakan Perintah Kawalan Penyakit ASF ini.

“Setakat ini cadangan untuk pewartaan telah diluluskan pada Mesyuarat Exco dan kita masih menunggu keputusan tersebut secara bertulis untuk melaksanakan pewartaan.

“Apabila perintah ini telah diwartakan, ia dapat mengawal penyakit ASF ini dari masuk dan merebak ke Pulau Pinang,” katanya.

Tambahnya, dengan adanya perintah pewartaan itu, ternakan khinzir dari negeri-negeri yang mempunyai kes positif ASF tidak dibenarkan untuk keluar dan masuk ke Pulau Pinang.

“Menerusi Subseksyen 36 (2)Perintah Kawalan Penyakit African Swine Fever (Negeri Pulau Pinang) 2022, Pengarah JPV Negeri boleh menarik balik sebarang lesen atau permit bagi pengimportan sebarang binatang (babi), atau karkas (babi) yang telah dikeluarkan di bawah akta ini.

“Pengarah JPV negeri juga boleh mengenakan apa-apa syarat tambahan pada lesen atau permit berkenaan, mengenakan apa-apa syarat atau membuat apa-apa peruntukan yang mungkin diperlukan untuk mencegah kemasukan atau perebakan atau mengawal atau membasmikan penyakit berkenaan,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN