e-Denda diperluas ke mahkamah rendah seluruh Semenanjung

e-Denda diperluas ke mahkamah rendah seluruh Semenanjung

GAMBAR HIASAN (MAHKAMAH)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Inisiatif Modul Pembayaran Denda Dalam Talian (e-Denda) akan diperluaskan ke mahkamah-mahkamah rendah di Semenanjung Malaysia bermula 12 Mei ini. 

Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia menerusi kenyataan hari ini berkata, buat permulaan, ia akan dilaksanakan di Pahang, Kelantan dan Terengganu pada 12 Mei ini. 

Menurutnya, ia kemudian dimulakan di mahkamah-mahkamah rendah di Selangor, Perak, Putrajaya dan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur pada 13 Mei. 

“Seterusnya, bagi Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pula ia akan bermula pada 25 Mei, manakala Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pula pada 26 Mei ini. 

“Sehubungan itu, proses penyelesaian pembayaran denda boleh dilaksanakan dalam talian menggunakan Financial Process Exchange (FPX) melalui portal Sistem e-Kehakiman di https://ecourt.kehakiman.gov.my,” katanya. 

Katanya, menerusi modul ini tiada lagi keperluan bagi orang awam untuk pergi ke  kaunter pembayaran mahkamah, sekali gus mempercepatkan proses pembayaran denda dan pembebasan tertuduh.

Jelasnya, tatacara lanjut penggunaan modul e-Denda boleh didapati menerusi Portal Rasmi Badan Kehakiman Malaysia di www.kehakiman.gov.my atau menghubungi e-mel [email protected] dan talian 03-27331313. 

Sebelum ini, Badan Kehakiman Malaysia e-Denda secara rintis bermula di Mahkamah-Mahkamah Rendah di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Kompleks Mahkamah Shah Alam dan Mahkamah Selayang, Selangor pada 1 Disember lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN