AS belum musnahkan apa yang tinggal di Iran - Trump - Utusan Malaysia

AS belum musnahkan apa yang tinggal di Iran – Trump

SATU serangan AS-Israel dilakukan ke atas Teheran pada 1 April lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pasukan Amerika Syarikat (AS) masih belum mula memusnahkan apa yang tinggal di Iran, amaran Presiden Donald Trump lewat Khamis sambil berkata, lebih banyak jambatan dan infrastruktur tenaga negara itu menjadi sasaran seterusnya.

“Tentera AS masih belum mula memusnahkan apa yang tinggal di Iran. Jambatan seterusnya, kemudian Loji Tenaga Elektrik!” tulisnya di platform Truth Social miliknya.

Trump  menulis itu beberapa jam selepas beliau berkata, jambatan tertinggi Iran telah dimusnahkan.

Beliau berulang kali menyatakan bahawa sebahagian besar sasaran ketenteraan utama di Iran telah rosak atau dimusnahkan sepanjang sebulan perang Iran tercetus.

“Kepimpinan rejim baru Iran tahu apa yang perlu dilakukan dan mesti dilakukan dengan cepat!” kata Trump, seolah-olah merujuk kepada seruannya agar Teheran menandatangani perjanjian dengan Washington untuk menamatkan peperangan.

Presiden itu menyatakan pada Rabu lalu bahawa AS hampir mencapai kemenangan di Iran ketika beliau berucap lebih sebulan selepas perang Iran berlaku.

Dalam ucapan malam dari Rumah Putih, Trump tidak banyak mendedahkan perkara baharu mengenai bagaimana perang itu akan berakhir.

Beliau berjanji akan meneruskan dua hingga tiga minggu lagi serangan sangat ‘keras’ terhadap Iran.

“Kita akan menyiapkan kerja ini dan kita akan menyiapkannya dengan sangat cepat. Kita sudah hampir sampai,” kata presiden itu dalam ucapan yang sebahagian besarnya mengulang apa yang sering diperkatakan beliau di media sosial dan wawancara bersama media. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN