Ikram nafi tuduhan seleweng kutipan zakat

Ikram nafi tuduhan seleweng kutipan zakat

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menafikan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyelewengan pengurusan wang zakat.

Setiausaha Agung Ikram, Mohd. Hafiz Abd. Hamid berkata, tuduhan berkenaan adalah tidak berasas, berunsur fitnah dan berniat jahat.

Menurut beliau, Ikram akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk membuat laporan kepada pihak berkuasa dan memulakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat.

“Kami memandang serius penyebaran tuduhan dan maklumat palsu yang boleh menjejaskan reputasi Ikram serta mengelirukan masyarakat.

“Ikram kekal komited terhadap prinsip integriti, akauntabiliti dan ketelusan dalam setiap urusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan yang mengaitkan Ikram dengan isu pengurusan kutipan zakat.

Hantaran tersebut turut mempersoalkan kehilangan RM38 juta dalam agihan, selain dakwaan berlaku perubahan naratif daripada Zakat Ta’awun kepada Asnaf Fisabilillah.

Pada masa sama, hantaran itu juga membangkitkan persoalan mengenai peranan Ikram sebagai ejen pemasaran, termasuk isu pemberian pulangan atau rebat kepada pembayar zakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN