PETALING JAYA: Bakal jemaah haji perlu bersedia menerima kenaikan kos menunaikan Rukun Islam kelima itu pada tahun ini berikutan keputusan kerajaan Arab Saudi menaikkan cukai dan caj perkhidmatan baru-baru ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, di sebalik kegembiraan boleh menunaikan ibadah tersebut, faktor-faktor di luar kawalan tentunya akan memberikan impak kos kepada bakal jemaah. “Kita harap semua pihak terutama bakal-bakal haji memahami akan ada impak kenaikan ini berbanding kos pada 2019 iaitu setelah tiga tahun berlalu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya