65 laporan dengan kerugian RM3.59 juta berkaitan kes wang hilang dari Tabung Haji - Utusan Malaysia

65 laporan dengan kerugian RM3.59 juta berkaitan kes wang hilang dari Tabung Haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Sebanyak 65 kes kehilangan wang dari akaun Tabung Haji dengan kerugian RM3.59 juta akibat diperdaya sindiket penipuan Macau Scam direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak awal tahun ini. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Mohd. Kamaruddin Md. Din berkata, pihaknya mendapati sindiket penipuan tersebut dikesan membuat pengeluaran wang dari akaun Tabung Haji mangsa. 

Katanya, pihaknya mendapati akaun tersebut dihubungkan dengan akaun bank konvensional milik mangsa.

“Siasatan mendapati mangsa telah memberikan maklumat perbankan kepada individu tidak dikenali.  

Akibatnya bukan hanya wang dalam akaun bank lesap malah wang disimpan di Tabung Haji juga hilang. Setakat ini, sebanyak 65 kes dilaporkan dengan kerugian RM3.59 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak sesekali memberikan maklumat perbankan kepada individu tidak dikenali.

Ujarnya, pesan itu berkali-kali dimaklumkan kepada orang ramai dalam usaha mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

“Berdasarkan siasatan, sindiket Macau Scam akan membuat panggilan dengan menakutkan mangsa selain mendakwa terlibat dalam kegiatan jenayah, tunggakan kad kredit dan sebagainya. 

“Kononnya bagi tujuan siasatan, sindiket kemudiannya akan meminta mangsa untuk mendedahkan  maklumat perbankan mereka,” ujar beliau. 

Sebarang nasihat atau maklumat lanjut boleh menghubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN