90 juta rakyat Iran dijangka terbeban tanggung sekatan PBB

90 juta rakyat Iran dijangka terbeban tanggung sekatan PBB

ORANG ramai melihat kadar pertukaran mata wang yang dipaparkan pada papan elektronik di sebuah kedai di Dataran Ferdowsi, Teheran, kelmarin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Selepas kira-kira sedekad, Iran sekali lagi tertakluk kepada sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika Barat meningkatkan tekanan terhadap Teheran, meskipun mendapat tentangan daripada Russia dan China.

Sekatan itu berkuat kuasa semula secara automatik pada tengah malam Ahad, susulan tindakan negara penandatangan Eropah mengaktifkan mekanisme ‘snapback’ dalam perjanjian nuklear Iran 2015.

Ia merangkumi embargo senjata, pembekuan aset dan larangan perjalanan, termasuk sekatan nuklear, peluru berpandu serta perbankan yang dijangka menjejaskan semua sektor dalam ekonomi Iran dan lebih 90 juta rakyatnya.

Situasi serantau Iran yang bergolak menimbulkan kebimbangan kemungkinan lebih banyak serangan ketenteraan oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS), yang pada Jun lalu melancarkan perang 12 hari sehingga mengorbankan 1,000 nyawa serta kerugian berbilion dolar.

Kelmarin, reaksi pasaran menunjukkan kebimbangan ekonomi terhadap peningkatan pengasingan Iran akibat sekatan tersebut.

Rial Iran diniagakan pada hampir 1.13 juta bagi setiap dolar AS di pasaran mata wang terbuka Teheran pada minggu kedua bekerja, namun aktiviti dagangan sangat terhad di tengah turun naik nilai itu.

Ini menandakan paras terendah sepanjang masa bagi mata wang rial, yang jatuh daripada 1.06 juta bagi setiap dolar ketika kuasa Eropah mencetuskan proses ‘snapback’ sebulan lalu.

“Keadaan langsung tidak stabil. Sama seperti tahun sebelum ini, apabila dolar meningkat, barangan import akan lebih mahal dan sukar diperoleh,” kata peniaga motor elektrik import dari China di Grand Bazaar Teheran, Rouzbeh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN