Hampir 2 juta pengguna LDP nikmati diskaun sempena Aidilfitri

2 juta pengguna LDP nikmati diskaun sempena Aidilfitri

PENGGUNA Lebuhraya SPRINT akan mendapat diskaun sempena Aidilfitri tahun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hampir dua juta pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya SPRINT dijangka nikmati diskaun tol sempena Aidilfitri.

Ia berikutan LITRAK dan SPRINT turut menyambut baik seruan kerajaan dengan pemberian diskaun tol 50 peratus dan 30 peratus untuk pengguna di lebuh raya berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan LITRAK, Sazally Saidi berkata, pemberian diskaun ini bermula 30 April (Sabtu) sehingga 1 Mei (Ahad), serta pada 7 Mei (Sabtu) sehingga 8 Mei (Ahad).

“Inisiatif pemberian diskaun tol ini telah dimulakan sejak tahun 2010, dengan harapan ia akan memanfaatkan pengguna lebuh raya dan dalam masa yang sama, merupakan satu platform untuk syarikat konsesi itu bersama-sama berkongsi kegembiraan menyambut Syawal setelah negara 2 tahun terkesan dengan pandemik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Sazally, dianggarkan hampir dua juta pengguna LDP dan SPRINT akan menerima manfaat daripada sejumlah RM 1.96 juta subsidi tol yang akan diberikan pada musim Aidilfitri tahun ini.

 “Sejak tahun 2010 hingga 2021, LITRAK dan SPRINT telah memberikan hampir RM 15.5 juta subsidi tol kepada 22.4 juta pengguna lebuh raya ketika musim perayaan.

“Kami menyambut baik hasrat pihak kerajaan dan pengumuman yang telah dibuat sebelum ini oleh Perdana Menteri. Kami berharap menerusi langkah ini, kita dapat bersama-sama dengan pengguna lebuh raya untuk berkongsi kegembiraan menyambut Syawal yang tiba,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN