VTL Udara Pulau Pinang-Singapura dibuka 16 Mac - Utusan Malaysia

VTL Udara Pulau Pinang-Singapura dibuka 16 Mac

mca
WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Satu lagi laluan baharu iaitu Pulau Pinang-Singapura akan dibuka menerusi inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) melalui pengangkutan udara yang bermula 16 Mac ini. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, perluasan inisiatif VTL udara tersebut dipersetujui kedua-dua Kerajaan Malaysia dan Singapura.

Katanya, ini membolehkan pengembara divaksin sepenuhnya melakukan perjalanan ulang-alik bagi laluan Pulau Pinang-Singapura menggunakan perkhidmatan syarikat-syarikat penerbangan yang telah ditetapkan sebagai penerbangan VTL tanpa perlu menjalani kuarantin semasa ketibaan. 

“Inisiatif VTL memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan ketersambungan pengangkutan udara Malaysia-Singapura di samping membantu memulihkan semula jaringan ekonomi dan perniagaan di antara kedua-dua negara terutamanya dalam sektor pelancongan yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19. 

“Selain itu, inisiatif ini yang bermula bagi laluan antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), telah mencatat sejumlah 82,906 ketibaan pengembara dari Singapura sehingga 28 Februari lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata, penerbangan VTL bagi laluan baharu ini akan bermula dengan empat penerbangan sehari yang akan dioperasikan oleh syarikat-syarikat penerbangan Malaysia dan Singapura. 

“Penjualan tiket penerbangan VTL akan dibuka oleh syarikat-syarikat penerbangan dalam masa terdekat. Butiran lanjut mengenai syarat pra-pelepasan dan kemasukan ke Malaysia boleh didapati di laman web Jabatan Imigresen Malaysia di www.imi.gov.my.

“Butiran tentang keperluan VTL bagi perjalanan ke Singapura pula boleh didapati di https://safetravel.ica.gov.sg.,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya