PRN Johor: Pengundi 18 tahun cabaran utama BN

PRN Johor: Pengundi 18 tahun cabaran utama BN

prn johor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Jika pengundi di Johor memilih parti yang berupaya mengembalikan kestabilan kepada negeri tersebut, Barisan Nasional (BN) menjadi pilihan memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pensyarah kanan Pusat Sains Liberal Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Dr. Siti Norayu Mohd. Basir berkata, ini kerana BN mempunyai akar umbi yang kukuh dan pemimpin yang berpengalaman.

Namun katanya, UMNO mungkin berdepan cabaran memenangi hati pengundi muda khususnya pengundi 18 tahun yang layak mengundi dalam PRN berkenaan.

“Pengundi-pengundi lama terutamanya di Felda merupakan pengundi setia kepada UMNO dan tidak dapat dinafikan kesetiaan itu masih kuat seterusnya menjadi kelebihan kepada UMNO.

“Cuma cabarannya adalah pengundi-pengundi baharu yang lebih cenderung dengan cara memilih dahulu dan lihat hasilnya kemudian. Namun saya lihat, jika kestabilan kepada negeri, pastinya pengundi akan memilih parti yang kukuh akar umbinya iaitu UMNO,” katanya.

SUKAR DIRAMAL

Tambah Siti Norayu, persoalan mengenai kecenderungan pengundi muda sukar diramal kerana sosialisasi politik mereka adalah kurang berbanding pengundi lama.

“Cuma saya rasa mereka (pengundi muda) akan memilih parti yang memperjuangkan hak yang dekat dengan mereka seperti peluang pekerjaan dan ekonomi stabil,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, pertembungan lebih tiga penjuru akan menyukarkan mana-mana parti termasuk BN mendapat majoriti mudah.

“Semua parti percaya mereka boleh menang besar dan ini juga merupakan strategi mereka untuk meraih undi.

“Namun pada akhirnya, pilihan adalah di tangan pengundi. Landskap politik, ekonomi, dan sosial sepanjang tahun 2021 akan memberi kesan kepada pemilihan kerajaan baharu nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×