JOHOR BAHRU: Pas Johor tidak akan mengalami nasib seperti rakan mereka yang tewas semua kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka, November tahun lalu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin berkata, Melaka belum menjadi ukuran kepada Pas kerana ia pilihan raya kali pertama parti itu bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Gerakan. Katanya, berbeza di Johor kerjasama ketiga-tiga parti lebih bersepadu dengan beroperasi di bawah…