Lebih 1,500 pelajar terima tawaran IPT menerusi JPKM - PM - Utusan Malaysia

Lebih 1,500 pelajar terima tawaran IPT menerusi JPKM – PM

ISMAIL SABRI Yaakob (lima dari kanan) menyerahkan surat tawaran kemasukan ke IPT kepada seorang pelajar pada program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di Bera, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 1,583 pelajar telah menerima tawaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) menerusi Program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) sejak ia dilancarkan di Segamat, Johor pada minggu lalu. 

Perdana Menteri berkata, JPKM yang akan berlangsung selama dua bulan bermula 6 Mac hingga 30 April tahun ini mensasarkan seramai 50,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang tercicir untuk melanjutkan pelajaran ke IPT awam serta swasta.

“Program Jelajah Pendidikan ini akan diadakan di 50 lokasi terpilih terutamanya di kawasan luar bandar, bagi membolehkan pelajar yang tercicir menempatkan diri mereka ke IPT.

“Jadi, masyarakat perlu rebut peluang ini dengan menghadirkan diri pada Siri JPKM yang diadakan di kawasan masing-masing kerana inilah antara usaha kerajaan untuk membantu mereka yang gagal menempatkan diri di universiti,” katanya ketika berucap merasmikan Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini. 

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Induk JPKM, Professor Emeritus Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Seri Norolazali Sulaiman.

Ismail Sabri berkata, ada juga dalam kalangan pelajar yang tidak berjaya diterima memasuki IPT berikutan kesilapan mengisi borang Unit Pusat Universiti (UPU), malah, tidak kurang juga keluarga pelajar tidak berkemampuan untuk membiayai kos pembelajaran. 

“Jangan bimbang, menerusi JPKM ini, para pelajar ini boleh berjumpa dengan pihak IPT, ditemuduga terus bagi membantu kemasukan mereka sekiranya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

“Jadi, saya harap, lebih banyak pusat-pusat zakat negeri, agensi kerajaan termasuk syarikat-syarikat swasta dapat memberikan tajaan bagi menjayakan Siri JPKM tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Dr. Sahol Hamid berkata, JPKM ini merupakan Program Khas Perdana Menteri yang dianjurkan oleh Prihatin untuk menyedihkan peluang kedua kepada pelajar lepasan SPM dan STPM melanjutkan pelajaran ke IPT dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya