SPRM panggil saksi kes Mara hari ini - Utusan Malaysia

SPRM panggil saksi kes Mara hari ini

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Keterangan saksi berhubung siasatan isu integriti dan salah guna kuasa membabitkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, terdapat dakwaan pegawai Mara telah menggunakan kedudukan untuk mendapatkan elaun dan sebagainya yang tidak sepatutnya diperoleh.

“Siasatan diklasifikasikan mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009, maknanya kesalahan yang dilakukan oleh seorang pegawai badan awam iaitu salah guna kuasa untuk faedah diri sendiri.

“Saya fikir paling lewat pun esok (hari ini) kita akan mula memanggil saksi-saksi (untuk membantu siasatan berkenaan),” katanya dalam wawancara khas di Putrajaya di sini semalam.

Ditanya siapakah yang akan dipanggil, Azam berkata, berdasarkan pe­ngalamannya, bagi kes-kes sebegini, sudah pasti dua pihak penting untuk pembuktian kes adalah setiausaha syarikat dan pegawai akaun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×