Seminggu terima air payau, penduduk makin tertekan - Utusan Malaysia

Seminggu terima air payau, penduduk makin tertekan

SHAZLAN Azrdy Puchok, 23, menunjukkan segelas air yang payau di premis kedai makan di Kampung Sungai Rengas di Kuala Terengganu, baru-baru ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Masalah air payau yang dialami 31,750 pengguna di sekitar daerah ini dan Kuala Nerus sejak seminggu lalu menyebabkan rata-rata penduduk makin tertekan.

Rata-ratanya tidak selesa menggunakan bekalan air di kediaman masing-masing untuk urusan mandi dan makan atau minum hingga ada yang terpaksa berhabis membeli air mineral.

Seorang penduduk, Mohd. Safuwan Amir Mohd. Saidi, 30, kejadian terbaharu itu sekali gus mengembalikan memori buruk semasa krisis air pada 2021

“Tahun lalu, rumah saya di Kampung Bukit Berangan di samping kediaman keluarga di Kampung Pak Katak di Kuala Nerus tiada air selama sebulan.

“Masalah air berulang lagi pada 2022 hingga hingga terpaksa minum air mineral kerana rasa air yang payau daripada mesin penapis boleh menyebabkan saya mahu muntah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Gangguan kualiti air di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Losong akibat penerobosan air masin itu menyebabkan 24 kawasan di Kuala Terengganu terjejas.

Kawasan itu ialah Kampung Losong, Kubang Buyung, Paloh, Pulau Rusa, Kuala Bekah, Pulau Musang, Sungai Rengas, Kubang Tangga, Durian Burung, Bukit Kubang Jambu, Wakaf Che Kapur, Kubang Parit, Pulau Kambing, Cabang Tiga, Tok Ku, Seberang Baruh, Hiliran, Bukit Kecil, Pasir Panjang, Gong Kapas, Panji Alam, Gong Pak Maseh dan Jalan Budiman.

Sementara itu, seorang penduduk, Nursyasya Nadhirah Zabidi, 27, berkata, kualiti air di kediaman neneknya di Kampung Losong Atap Zink di sini masih kekal sama seperti sejak 1 Februari lalu.

“Cuma hari ini rasa payau itu berkurangan sedikit berbanding sebelumnya. Saya berharap pihak Satu dapat mencari penyelesaian terbaik bagi meringankan beban penduduk yang terkesan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.