Saya pilih untuk tidak melayan - Nia Atasha - Utusan Malaysia

Saya pilih untuk tidak melayan – Nia Atasha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEBIH dua tahun lalu, peragawati, Nia Atasha menggemparkan industri hiburan tanah air apabila dipilih sebuah jenama terkenal untuk memperagakan pakaian dalam mereka.

Ketika itu, Nia menganggap tawaran tersebut sebagai satu penghormatan apatah lagi diberi kepercayaan untuk jurucakap kepada jenama yang cukup besar.

Namun, pemilik nama sebenar Nia Atasha Rosli lupa bahawa yang dia berbangsa  Melayu dan beragama Islam, sekali gus dianggap taboo apabila tampil tanpa seutas benang.

Apabila gambarnya terpampang di papan Billboard, berlakulah kekecohan dalam kalangan masyarakat.

Mengenang kisah tersebut, Nia membuka seluas-luasnya pintu persoalan. Baginya, ada fasa di mana dia ditujah pelbagai kritikan kerana mencemar identiti wanita islam.

“Seminggu juga saya hadap kritikan itu. mahu atau tidak, saya pilih untuk tidak melayannya. Lama kelamaan, perkara itu reda dengan sendirinya,” kata Nia.

Nia, yang merupakan teman wanita pelakon Sky Iskandar, bersyukur kerana kontroversi yang melanda berlaku dalam masa yang sekejap.

“Hari ini saya masih bekerja. Masih menerima panggilan lakonan dan modelling. Pendek cerita, masih di sini. Client pun tidak sedikitpun terganggu dengan kontroversi itu, setakat ini ok,” katanya.

Dalam masa sama, disoal sama ada menerima tawaran sama sekiranya diberikan, kata Nia, bergantung kepada keadaan.

“Selagi saya tidak diminta memperagakan baju dalam, selagi itu saya tak tahu hendak terima atau menolak. Semua bergantung dengan apa yang saya rasa pada ketika itu,” Katanya.

Dalam masa yang sama, Nia menafikan bayaran mempengaruhi keputusan berbaju dalam.

Kami tidak tinggal serumah

Kami tidak serumah.”

Itu kenyataan Nia apabila disoal adakah dia tinggal serumah dengan teman lelakinya, Sky Iskandar sementelah keduanya dilihat muncul di rumah yang sama ketika membuat kandungan TikTok.

Bagaimanapun Nia menjelaskan telahan itu tidak benar namun perlu dielakkan daripada diperbesarkan.

“Dalam video itu, memang dia di rumah saya buat kandungan TikTok bersama-sama.

“Tapi untuk menjelaskan keadaan, kami tidak tinggal sebumbung. Kami tidak berdekatan. Itu sahaja,” katanya.

Dalam masa sama Nia menyedari komen yang berlegar di media sosial namun wanita itu mengambil pendekatan untuk abaikan pandangan orang.

“Saya sedar timbulnya komen-komen sedemikian, biasalah netizen suka jadi ‘batu api’. 

“Tapi kami jenis manusia yang tak kisah, sebab saya dan Sky tak rasa penghujungnya kami tahu perkara itu tidak benar,” kongsinya,

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN