Lebih 300 ahli keluarga As Saadi berkumpul - Utusan Malaysia

Lebih 300 ahli keluarga As Saadi berkumpul

SEBAHAGIAN ahli keluarga As Saadi yang hadir pada Majlis Hari Raya Aidilfitri 2026 PFA di Bukit Kiara Equestrian & Resort, Kuala Lumpur, Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dianjurkan sekali dalam tempoh dua tahun, lebih 300 ahli keluarga keturunan As Saadi tidak melepaskan kesempatan menyertai Majlis Hari Raya Aidilfitri 2026 yang dianjurkan Persatuan Famili As Saadi (PFA), Ahad lalu bagi melepaskan kerinduan.

Penaung PFA, Datuk Ir. Mohamad Guntor Mansor Tobeng berkata, tujuan majlis itu dijalankan bagi merapatkan si­laturrahim sesama ahli keluarga keturunan itu, yang kini telah memasuki generasi yang ke­sembilan.

“Apa yang membanggakan, jumlah generasi muda keluarga As Saadi yang hadir pada majlis sebegini semakin bertambah. Ia satu perkembangan positif bagi memastikan generasi yang akan datang turut serta dalam majlis yang dianjurkan PFA.

“Mereka ini datang dari Lembah Klang, Kedah dan beberapa negeri lain. Antara tokoh ter­kenal daripada keluarga ini yang hadir pada majlis hari ini ialah bekas Pengerusi KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), Tan Sri Ahmad Badri Mohd. Zahir dan chef selebriti, Chef Liza Zainal,” katanya pada majlis itu di Bukit Kiara Equestrian & Resort di sini.

Menceritakan mengenai asal usul keluarga As Saadi, menurutnya, As Saadi bermula daripada seorang imam dan juga pedagang, Saad yang berasal dari Yemen datang ke Nusantara (Malaysia) beberapa abad lalu untuk berdagang serta menyebarkan agama Islam.

Kata Mohamad Guntor, Saad tiba ke Malaysia melalui Kedah dan kemudiannya menambah keturunan hasil perkahwinannya.

“Usaha menghimpunkan keluarga ini bermula sejak 1999. Sebab itu, kita cuba buat seba­nyak mungkin majlis untuk me­ngumpul serta menjejak keturunan As Saadi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN