JOHOR BAHRU: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendakwa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang pemimpin ‘acah-acah’ apabila sering mengugut untuk menarik sokongan terutama terhadap kerajaan pusat. Katanya, taktik tersebut tidak lebih hanya permainan politik berbanding mengutamakan agenda rakyat sebenar. “Muhyiddin tak lebih tak kurang orang politik saja. Semua orang boleh acah, tetapi nak main politik acah atau tidak. Jadi, apabila dia nak main politik…