JOHOR BAHRU: Sesiapa sahaja yang layak dan memenuhi kriteria di sesuatu kawasan boleh menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini. Menegaskan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad berkata, semua orang atau ahli parti berpeluang menjadi calon memandangkan Johor ada cara tersendiri dalam menentukan perkara itu. Beliau berkata, tidak semestinya mereka yang berkelulusan atau memegang jawatan selaku…