PRN Johor: Benarkan kempen bersemuka untuk semua parti - Utusan Malaysia

PRN Johor: Benarkan kempen bersemuka untuk semua parti

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) mahu semua parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diberi peluang yang sama untuk berkempen secara terbuka walaupun berlaku peningkatan kes Covid-19.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata, kelonggaran harus diteliti kepada semua parti yang bertanding untuk berkempen dan bertemu dengan masyarakat khususnya yang tinggal di luar bandar.

Katanya, hal itu kerana haya kempen secara fizikal sahaja yang boleh dilakukan di kawasan berkenaan kerana capaian internet yang lemah.

“Apa guna buat PRN tetapi yang ditawarkan parti yang bertanding tidak diketahui oleh pengundi ? Jika boleh SOP yang ada dilonggarkan, maksudnya membolehkan pengundi bertemu calon, ceramah terbuka tetapi duduk berjauhan itu patut dibolehkan.

“Pertemuan tertutup tetapi dalam bilik yang tiada mempunyai pengudaraan yang baik itu wajar tidak dibenarkan.

“Semua pihak perlu belajar daripada pengalaman di Melaka dan Sarawak, SOP yang lebih baik harus dilaksanakan di Johor,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam pada itu, Fahmi turut memaklumkan yang PKR masih dalam peringkat perbincangan dalaman mengenai calon dan kesesuaiannya untuk diletakkan di sesebuah Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita masih ada masa sebab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pun belum buat mesyuarat lagi dan setiap parti ada strategi masing-masing. Kita perlu mencari keseimbangan dalaman antara apa yang diminta cabang dan pengundi kawasan.

“Perkara itu masih dalam perbincangan parti, paling penting apabila tiba hari penamaan calon, PH hadir isi borang dan menjadi calon,” katanya.
kapsyen

Ketika angka positif kes Covid-19 melebihi 10,000, politik negeri Johor tetap panas dan Warisan turut bercadang meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×