KUALA LUMPUR: UMNO mempersoal tindakan Parti Ikatan Muda Demokratik (Muda) yang sebelum ini menjanjikan politik bersih dan menolak politik katak dalam parti itu. Ia berikutan lantikan ahli Jawatankuasa Pusat Muda, Nurainiee Haziqah Shafii yang sebelum ini adalah calon Exco Wanita Pusat PKR 2018 dan Ahli jawatankuasa Srikandi Bersatu pada 2021. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, sudah pasti imej parti yang baharu setahun jagung itu…