Ismail Sabri menghadap Sultan Brunei, bincang kerjasama dua negara

Ismail Sabri menghadap Sultan Brunei, bincang kerjasama dua negara

ISMAIL Sabri Yaakob menghadap Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan pagi ini.

Beliau berkata, banyak perkara yang akan dibincangkan termasuk mengenai Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) melalui udara antara Malaysia dan Brunei.

Kata beliau, ini termasuk meneroka kerjasama baharu pasca Covid-19 dan pengukuhan kerjasama dalam bidang ekonomi.

“Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, malam tadi, saya diberi sambutan rasmi dan perbarisan hormat daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

“Semoga lawatan ini membawa manfaat kepada Keluarga Malaysia dan rakyat Brunei,” katanya menerusi Twitter beliau hari ini.

Perdana Menteri dalam rangka lawatan rasmi pertama beliau ke Brunei selama dua hari bermula hari ini.

Pertemuan akan disusuli dengan Majlis Santapan Rasmi yang akan dihoskan Seri Paduka Sultan Brunei dan Perdana Menteri juga bakal menghadiri sesi pertemuan bersama diaspora Malaysia di Bandar Seri Begawan.

Pada lawatan berkenaan, Ismail Sabri diiringi isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin; Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Lawatan ini dirancang dan dikendalikan berdasarkan tatacara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan Malaysia dan Brunei.

Ini adalah lawatan pertama Ismail Sabri ke Brunei sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Melalui lawatan ini Malaysia dan Brunei mengambil peluang untuk menilai kemajuan kerjasama yang sedang berjalan, di samping mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama pasca Covid-19 yang akan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Ini termasuk perbincangan mengenai cadangan pengwujudan aturan Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) melalui udara di antara Malaysia dan Brunei.

Turut bakal dibincangkan kerjasama dalam bidang diplomasi kesihatan dan cadangan ke arah pengukuhan kerjasama ekonomi.

Pejabat Perdana Menteri turut memaklumkan, pertemuan akan disusuli dengan Majlis Santapan Rasmi yang akan dihoskan Seri Paduka Sultan Brunei dan Perdana Menteri juga bakal menghadiri sesi pertemuan bersama diaspora Malaysia di Bandar Seri Begawan. – UTUSAN 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya