Percikan api dalam kuali jadi punca restoran hangus

Percikan api dalam kuali jadi punca restoran hangus

ANNE Liew menunjukkan restoran milik keluarganya yang musnah dalam kebakaran di Jalan Gajah Mati, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - FOTO/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hanya kerana percikan api dalam kuali di dapur, sebuah restoran diusahakan pasangan suami isteri sejak 13 tahun lalu musnah dalam kebakaran di Jalan Gajah Mati, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu menyebabkan keseluruhan Restoran Natural Vegetarian yang diusahakan Long Koy CHee, 54, bersama suami, Liew Thong, 56, hangus hampir 100 peratus. 

Anak pasangan itu, Anne Liew, 25, berkata, ketika kejadian mereka baru sahaja memulakan operasi kedai manakala kedua-dua ibu dan bapanya sedang sibuk menyiapkan hidangan di dapur.

“Ketika mereka sedang memasak, tiba-tiba berlaku percikan api dari kuali yang mengandungi minyak masak panas. Api itu terus merebak dengan cepat ke seluruh bahagian dapur.

“Mereka panik lalu meminta pertolongan pemilik restoran di sebelah. Kami cuba memadamkan api dengan menyimbah air, namun api terus marak membakar kedai,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Zukeri Shafie berkata, seramai 29 anggota dengan empat jentera dari BBP Kota Bharu dan BBP Darul Naim bergegas ke lokasi kejadian. 

“Ketika bomba tiba, restoran itu sudah terbakar hampir 100 peratus dan kita cuba mengawal api supaya tidak merebak ke restoran sebelah. 

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. Kebakaran dipercayai bermula dari bahagian dapur sebelum merebak ke seluruh restoran,” katanya sambil memberitahu punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya