KUCHING: Pertukaran nama jawatan ketua menteri kepada Perdana Menteri diamalkan di negara-negara Komanwel memandangkan perkataan tersebut terkandung dalam konsep Westminister iaitu ketua sesebuah kerajaan. Penganalisis politik yang juga Pensyarah Kanan Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi berkata, ketua kerajaan Komanwel dalam sistem Westminster dikenali sebagai Perdana Menteri, Perdana, Ketua Menteri atau Menteri Pertama. “Kerajaan negeri di Australia dikenali sebagai Perdana. Begitu juga ketua kerajaan wilayah di Kanada…










