‘Cucuk ATM keluar beras’ - Utusan Malaysia

‘Cucuk ATM keluar beras’

PENDUDUK berbaris untuk mengambil beras percuma daripada mesin ATM khas di YKK, Ketereh, Kota Bharu. - UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Selepas Kuala Lumpur dan Terengganu, Program Mesin Automatik Mudah Alih (ATM) Beras diperluas ke negeri ini bagi membekalkan beras percuma kepada rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, ATM Beras menjadi tumpuan penduduk setiap hari sejak ditempatkan dalam kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Ketereh, di sini bermula Jumaat lalu.

Ketika ditemui, para penerima beras mengakui, inisiatif itu memberi kelegaan kepada mereka yang berpendapatan rendah kerana tidak perlu lagi mencatu makanan atau khuatir terputus bekalan beras.

Antaranya, suri rumah yang mahu dikenali sebagai Yati, 45, dia berharap mesin beras seumpama itu dapat diperbanyakkan di lokasi-lokasi lain.

“Keluarga saya besar dan disebabkan pendapatan suami sebagai buruh tidak menentu di musim pandemik ini, kami kerap kehabisan beras sehingga saya terpaksa mencatu makan anak-anak.

“Apabila ada program ini, saya tak perlu risau beras habis, datang sahaja ke ATM ini untuk ‘cucuk’ beras secara percuma. Sekarang, saya hanya perlu fikir cari duit untuk beli lauk sahaja,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha UMNO Bahagian Ketereh, Ahmad Termizi Musa berkata, sebanyak 500 kilogram beras dibekalkan setiap hari dan penduduk boleh mengeluarkannya dengan mengemukakan kupon khas diagih pemimpin setempat.

Katanya, beras percuma itu tidak terhad kepada penduduk dalam Parlimen Ketereh, sebaliknya terbuka kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.

“Setiap orang dibenarkan mengambil beras melalui mesin ATM empat kali sebulan dan setiap kali pengeluaran, mereka boleh ambil antara dua hingga empat kilogram beras mengikut keperluan masing-masing.

“Selain beras, kita juga turut mengagihkan barang keperluan lain kepada golongan asnaf, ibu tunggal, anak yatim dan penduduk miskin ,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya