Tun M pindah wad biasa - Utusan Malaysia

Tun M pindah wad biasa

Dr. Mahathir
DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad didapati semakin pulih menerusi penilaian pasukan doktor pakar yang merawat beliau.

Menurut anak kepada bekas Perdana Menteri itu, Datin Paduka Marina Mahathir, berikutan perkembangan baik itu, beliau sudah dipindah keluar dari Unit Rawatan Koronari ke bilik wad biasa, Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Marina turut memaklumkan, bapanya menunjukkan aksi ceria dan bersemangat untuk kembali pulih sepenuhnya.

“Bagi mengelak jangkitan, kedua-dua Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali tidak dibenarkan menerima pelawat di IJN ketika ini. 

“Sekali lagi beliau dan seluruh ahli keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan agar beliau sembuh sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Pemimpin berusia 96 tahun pernah dimasukkan ke IJN pada 7 Januari lalu sebelum dibenarkan keluar pada 13 Januari lepas namun kemudian dimasukkan sekali lagi minggu lalu.

 Ahli Parlimen Langkawi dari Parti Pejuang Tanah Air itu pernah beberapa kali dimasukkan ke IJN dengan akhir tahun lalu pada 16 Disember sebelum kemudian keluar pada 23 Disember. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN