Titah Adendum: UMNO guna semua saluran bela Najib - Utusan Malaysia

Titah Adendum: UMNO guna semua saluran bela Najib

ASYRAF Wajdi Dusuki ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO akan menggunakan semua saluran yang ada untuk mendapatkan pembelaan buat Datuk Seri Najib Tun Razak, susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengarahkan semakan kehakiman berkaitan Titah Adendum disegerakan pendengarannya di Mahkamah Tinggi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan memberikan kelegaan terhadap usaha mendapatkan keadilan buat bekas Perdana Menteri itu.

“UMNO bersyukur ke hadrat Allah dan menyambut baik keputusan sebulat suara ketiga-tiga Hakim Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan Peguam Negara. Kami akan terus beriltizam untuk mendapatkan pembelaan buat Datuk Seri Najib,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, semakan kehakiman oleh Najib bagi mengesahkan kewujudan Titah Adendum berkait dengan perintah tahanan di rumah akan diteruskan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Ia selepas panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak rayuan Peguam Negara berhubung keputusan mahkamah terdahulu yang membenarkan rayuan Najib untuk memulakan semakan kehakiman dan mengemukakan bukti baharu berhubung Titah Adendum. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×