Isu Jalur Gemilang terbalik: UMNO tuntut tindakan tegas - Utusan Malaysia

Isu Jalur Gemilang terbalik: UMNO tuntut tindakan tegas

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan tegas termasuk pendakwaan wajar dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melakukan kesalahan berkaitan pemasangan dan pengibaran Jalur Gemilang tanpa mengira alasan selaras peruntukan undang-undang sedia ada.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu tidak boleh dipandang ringan memandangkan Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan negara.

“UMNO memandang serius kesalahan berulang dalam isu pemasangan dan pengibaran Jalur Gemilang yang merupakan maruah dan lambang kedaulatan negara.

“Tindakan keras mesti dilakukan ke atas sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan ini tanpa mengira apa juga alasan sebagaimana peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Sebelum ini, video berdurasi 21 saat tular menunjukkan seorang lelaki memasang Jalur Gemilang secara terbalik pada sebatang kayu atau besi panjang sebelum mengibarkannya, manakala seorang lagi merakamkan aksi tersebut.

Pemilik premis yang terlibat memohon maaf serta mengaku kesilapan kerana mencetuskan perasaan kurang senang masyarakat seluruh negara.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN