UMNO akan serah nota bantahan berkaitan Tengku Zafrul - Utusan Malaysia

UMNO akan serah nota bantahan berkaitan Tengku Zafrul

ASYRAF Wajdi Dusuki ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO akan menghantar nota bantahan kepada semua kepimpinan parti-parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan yang bercadang atau telah mengizinkan kemasukan bekas ahli UMNO ke dalam mana-mana parti.

Ini susulan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan permohonannya untuk menyertai PKR sudah diterima baru-baru ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah tersebut merupakan amaran keras kerana tindakan berkenaan boleh mengeruhkan hubungan antara parti-parti gabungan sekiranya tidak ditangani segera.

“UMNO memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan soal disiplin dan kesetiaan ahli. Tindakan membenarkan kemasukan ahli UMNO tanpa saluran yang betul jelas bercanggah dengan semangat kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Sebelum ini, Tengku Zafrul berkata, beliau kini ialah ahli PKR bagi Cabang Ampang.

Pada 30 Mei lalu, beliau mengumumkan peletakan jawatannya dalam UMNO dan menyatakan niat untuk menyertai PKR. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×