Tarif elektrik baharu berkuat kuasa 1 Februari ini - Utusan Malaysia

Tarif elektrik baharu berkuat kuasa 1 Februari ini

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Kerajaan akan melaksanakan kadar tarif elektrik baharu bagi tempoh 2022 sehingga 2024, berkuat kuasa 1 Februari ini.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pengumuman mengenai Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) bagi Tempoh Kawal Selia Ketiga (RP3) itu akan dibuat beberapa hari lagi.

Bagaimanapun, katanya, rakyat tidak perlu bimbang kerana kadar tarif baharu itu dijamin tidak membebankan rakyat terutama pemegang akaun domestik.

“Saya telah berbincang sebanyak enam kali berturut-turut di Kabinet. Alhamdulillah, semalam kita sudah memuktamadkan kadarnya.

“Pelaksanaan IBR bagi RP3 akan berkuat kuasa pada 1 Februari ini dan saya menunggu Suruhanjaya Tenaga tetapi saya boleh memberi bayangan yang kadarnya sama sekali tidak membebankan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan projek solar berskala besar di Kawasan Perindustrian Satong di Paka, Dungun, hari ini. 

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. 

Jumlah keseluruhan pengguna elektrik di seluruh negara dianggarkan seramai 8 juta dengan 85 peratus daripadanya adalah pengguna domestik manakala bakinya adalah pengguna komersial dan industri. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya