Semua pihak perlu main peranan atasi banjir kilat di Ipoh - Utusan Malaysia

Semua pihak perlu main peranan atasi banjir kilat di Ipoh

SAARANI Mohamad (tengah) dalam sidang akhbar selepas program Executive Talk dan Perutusan Tahun Baru 2022 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Semua agensi termasuk Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan ahli majlisnya perlu memainkan peranan bagi memastikan tiada lagi banjir kilat berlaku di bandar raya ini seperti mana  yang berlaku semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, semua pihak mempunyai peranan masing-masing dalam memastikan tiada sampah yang menyekat aliran air sekiranya berlaku hujan lebat bagi mengelakkan banjir.

Menurut beliau,  langkah proaktif tersebut penting lebih-lebih lagi ketika musim hujan yang boleh menyebabkan berlakunya banjir kilat ekoran longkang tersumbat. 

“Saya sudah beberapa kali sebut supaya setiap agensi terutamanya pihak berkuasa tempatan (PBT), ahli majlis serta penguat kuasa rajin turun padang untuk melihat. 

“Biasanya sebelum banjir, ada ruang di mana longkang boleh tersumbat dan kalau masalah ini dapat diatasi, maka, kita dapat elakan banjir kilat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Executive Talk dan Perutusan Tahun Baru 2022 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini. 

Saarani berkata,  peranan berkenaan bukan sahaja diletakkan pada PBT serta agensi dan jabatan kerajaan semata-mata, namun juga kepada orang ramai. 

Beliau berkata, orang ramai juga perlu bersama-sama memastikan tidak ada sampah sarap yang dibuang ke dalam longkang mahupun sungai bagi mengelakkan banjir kilat akibat tersumbat. 

“Orang ramai tidak boleh lepas tangan begitu, dia nampak sampah dalam longkang depan rumah tapi tunggu MBI ambil,” katanya. 

Semalam, hujan lebat selama kira-kira dua petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Ipoh dilanda banjir kilat. 

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan kejadian banjir kilat di kawasan Bercham sekitar pukul 8.30 malam. 

Katanya, paras air dianggarkan lebih setengah meter.

Selan Bercham, beberapa lagi kawasan yang terlibat dengan kejadian banjir kilat semalam adalah Taman Perpaduan, Taman Cempaka, Bandar Seri Botani dan susur keluar ke Tambun. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya