MHO gesa hentikan pencerobohan Sheikh Jarrah - Utusan Malaysia

MHO gesa hentikan pencerobohan Sheikh Jarrah

HISHAMUDDIN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa dan memberikan tekanan kepada proksi Israel iaitu Amerika Syarikat (AS) agar dapat menghentikan pencerobohan pihak berkuasa Israel di Sheikh Jarrah dan kawasan penempatan penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza. 

Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menggesa AS serta Israel mematuhi undang-undang antarabangsa serta prinsip-prinsip hak kemanusiaan sedia ada.

Katanya, perkembangan terbaharu tindakan Israel melanggar gencatan senjata dan masih lagi menceroboh penempatan di Sheikh Jarrah dan nasib yang sama berlaku kepada ratusan keluarga Palestin perlu diambil perhatian serius masyarakat dunia.

“Sebaliknya, jika tidak melakukan sesuatu untuk membantu warga Palestin, dijangka kezaliman berterusan dilakukan Israel yang pada hakikatnya merancang sejak sebelum penubuhan negara haram Israel lagi untuk merampas semua wilayah Palestin termasuk Tebing Barat dan Gaza. 

“Mereka tidak akan berhenti daripada usaha tersebut sehingga rancangan mereka berjaya. Namun, malang bagi mereka kerana semangat warga Palestin untuk mempertahankan hak mereka dan membebaskan negara mereka daripada penjajahan Israel masih tidak luntur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mengikut undang-undang antarabangsa, Israel sepatutnya berundur dari Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur, namun enggan berbuat demikian kerana rancangan sebenar mereka adalah untuk merampas kesemua tanah di Tebing Barat. 

Katanya, malah kerajaan Israel telah membenarkan ratusan penempatan baharu Yahudi dibangunkan di Tebing Barat dan membantu dalam pemindahan ribuan rakyat Yahudi ke sana termasuk ke kawasan kejiranan Sheikh Jarrah dengan alasan kesemua kawasan tersebut adalah hak milik Yahudi sejak ribuan tahun lalu berdasarkan ajaran di dalam kitab mereka.

“Namun malang bagi mereka kerana semangat warga Palestin untuk mempertahankan hak mereka dan membebaskan negara mereka daripada penjajahan Israel masih tidak luntur walaupun ribuan daripada mereka telah terkorban dan ribuan yang lain sedang dipenjarakan. 

“Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk membantu mereka yang dizalimi atas dasar kemanusian,” tegas beliau. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya