Lelaki maut, kereta dinaiki terbabas - Utusan Malaysia

Lelaki maut, kereta dinaiki terbabas

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam nahas di Kilometer 22.2 Lebuh Raya Seremban Port Dickson pagi tadi.-GAMBAR/IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas sebuah kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke dalam parit dalam nahas di Kilometer 22.2 Lebuh Raya Seremban Port Dickson pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian pukul 11.45 pagi itu, mangsa yang juga penumpang kereta jenis Honda Accord, Muhammad Zulfikri Mohd. Zailani, 22, meninggal dunia di lokasi selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Pemandunya pula, Muhammad Fawwaz’aqil Zailani, 25, mengalami kecederaan patah tulang belakang.

“Hasil siasatan awal di lokasi mendapati, kereta dinaiki kedua-dua mangsa dari arah Telok Kemang menghala ke Seremban. 

“Tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut telah hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam parit dan penumpang maut di lokasi kejadian. Pemandu pula mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Port Dickson bagi rawatan susulan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Aidi Sham, mangsa yang meninggal dunia beralamat di Kampung Sungai Raya, Batu 19, Cheras, Selangor manakala pemandu yang cedera parah beralamat di Taman Pelangi, Sentul, Kuala Lumpur.

Jelas beliau, kes disiasati di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya