65 peratus kebakaran di Pulau Burung telah dipadam  - Utusan Malaysia

65 peratus kebakaran di Pulau Burung telah dipadam 

KIRA-KIRA 65 peratus daripada 1.3 hektar kawasan tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Nibong Tebal, Pulau Pinang yabg terbakar sejak lebih dua minggu lalu berjaya dipadamkan setakat ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Kira-kira 65 peratus daripada 1.3 hektar kawasan yang terbakar di tapak pelupusan sampah Pulau Burung di sini berjaya dipadamkan setakat ini. 

Jawatankuasa Bencana Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan, bagi memudahkan kerja-kerja pemadaman, kawasan kebakaran telah dibahagikan kepada lima sektor. 

Katanya, ketika ini Sektor 1, 2 dan 4 telah berjaya dipadamkan sepenuhnya, namun, masih dalam status pemantauan serta kerja-kerja penambakan tanah. 

Bagi sektor 3 dan 5 pula tambahnya, kerja-kerja pemadaman dan pengawalan masih dilakukan menggunakan pelbagai kaedah serta alat pemadaman. 

“Secara keseluruhannya, kebakaran adalah terkawal ketika ini dan kerja-kerja pemadaman turut mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi. 

“Ia termasuk Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP); Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP); Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Bomba Sukarela (PBS) serta syarikat (pembinaan) PLB Terang,” katanya. 

Jawatankuasa itu memaklumkan, fokus utama operasi selain daripada pemadaman kebakaran ialah untuk menjaga keselamatan para petugas lapangan di lokasi. 

Tambahnya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri juga telah membuat pemantauan terhadap Indeks Kualiti Udara (IPU) selama 24 jam sehari sejak insiden berkenaan. 

“Teknologi dron atau pesawat udara tanpa pemandu juga digunakan untuk mengesan titik-titik panas di tapak pelupusan melalui imej termal yang diambil untuk membantu operasi pemadaman kebakaran,” katanya. 

Pada masa sama tambahnya, pejabat Kesihatan daerah SPS yang turut memantau situasi semasa melaporkan tidak terdapat sebarang peningkatan mendadak untuk kes jangkitan mata dan saluran pernafasan, konjunktivitis dan asma dalam kalangan penduduk yang terlibat. 

“Semua kes itu direkodkan sebagai kes ringan dan tiada yang dimasukkan ke wad untuk rawatan susulan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya