Tiada lagi menang percuma secara teknikal - Utusan Malaysia

Tiada lagi menang percuma secara teknikal

ABDUL GHANI SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) tidak akan menyaksikan ‘kemenangan percuma’ seseorang calon berikutan kertas pencalonannya ditolak atas sebab teknikal pada hari penamaan calon.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, ini kerana bakal-bakal calon akan dibantu oleh pegawai pengurus (RO) pilihan raya pada Isnin ini untuk memastikan prosedur mengisi borang berjalan lancar.

“RO boleh nasihatkan bakal-bakal calon ini, dahulu mereka main letak sahaja kemudian lari. Jadi, apa yang tidak betul akan diperbetulkan (dalam borang pencalonan),” katanya ketika dihubungi semalam.

Pada PRN 2016, Barisan Nasional menang tanpa bertan­ding dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Bukit Sari dan Bukit Kota.

Kerusi-kerusi itu dimenangi tanpa pencabar oleh kedua-dua penyandang, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan di Bukit Sari dan Dr Abdul Rahman Ismail di Bukit Kota.

Pada 2013, SPR buat julung kali memansuhkan proses bantahan pada hari penamaan calon serta penarikan balik pencalonan pada PRU13 bagi melancarkan lagi proses pilihan raya.

Setiausaha SPR ketika itu, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata pemansuhan yang berkuat kuasa 30 April 2012 itu sekali gus dapat menjimatkan masa dan melicinkan proses penamaan calon di seluruh negara yang dijangka selesai selewat-lewatnya pukul 11 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN