Sarawak stabil, tak macam Semenanjung - Abang Jo - Utusan Malaysia

Sarawak stabil, tak macam Semenanjung – Abang Jo

ABANG JOHARI TUN OPENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan stabil berbanding parti-parti di Semenanjung Malaysia.

Pengerusi GPS itu berkata, ketidakstabilan politik yang wujud di peringkat kerajaan persekutuan memberi kesan besar kepada kerajaan negeri.

“Kita mahu masuk era digital. Nak sekolah senang, ada pendidikan dan universiti. Nak berdagang pun boleh, semua dapat dijalankan tetapi mesti ada kerajaan yang kuat, yang stabil.

“Di sana Semenanjung ini macam…tiga tahun tiga Perdana Menteri. Susah kita. Tapi Sarawak tidak, Sarawak mempunyai kerajaan yang kuat dan stabil,” katanya ketika hadir majlis pelancaran menaik taraf Pantu sebagai daerah baharu di Sri Aman, semalam.

Abang Johari juga menegaskan bahawa GPS mempunyai pemimpin yang berintegriti, bukan seperti pemimpin parti-parti lain.

“Kita ada kerajaan yang ambil tahu hal orang Sarawak. Kita ada sistem pemimpin yang berintegriti. Kita memimpin bukan untuk peribadi, semua ini untuk rakyat Sarawak kita pimpin.

“Saya sudah 40 tahun dalam politik, ini kali ke-10 saya bertanding. Rakyat boleh nilai saya, saya tidak ada kepentingan peribadi, sebaliknya rakyat diutamakan,” katanya.

Beliau turut menyangkal dakwaan pembangkang yang menuduh GPS menghabiskan wang membina syarikat telekomunikasi sendiri, berbanding membuat rundingan dengan syarikat telekomunikasi sedia ada.

“Pembangkang kata Abang Jo perhabis duit…kenapa tubuhkan syarikat telekomunikasi kita sendiri? Memanglah sebab yang lain tidak mahu datang.

“Biarlah kita wujudkan kita punya sendiri supaya klien datang, yang lain dia datang ambil untung sahaja, kalau tak banyak pendapatan dia takkan datang. Jadi, kita perlu ada kadar subsidi, jadi kita kasi subsidi internet.

“Kita nak jual buah, boleh pakai internet, pakai Whatsapps, buka aplikasi jual. Bayar pakai SarawakPay, negeri lain mana ada, Sarawak sahaja ada,” katanya.
ENDS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN