PRN Sarawak: Bakal calon lari, Sedar tetap pecut - Utusan Malaysia

PRN Sarawak: Bakal calon lari, Sedar tetap pecut

OTHMAN Abdillah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEHILANGAN 23 bakal calon yang ‘cabut lari’ pada hari penamaan calon tidak sedikit pun menggugat Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar) untuk lima calonnya terus memasang impian dalam pilihan raya negeri kali ini.
Didaftarkan pada Mei 2019, Sedar tidak memperjuangkan etnik tertentu atau mahukan `kemerdekaan’ Sarawak.
Presiden Sedar yang juga calon Samariang, OTHMAN ABDILLAH bercakap dengan wartawan Utusan Malaysia, OMAR ZIN di Kuching semalam.

Parti Sedar ada peluangkah?
Ini pertama kali Parti Sedar sertai pilihan raya. Kita tidak dapat liputan media sebelum ini. Kita gagal santuni rakyat sepanjang dua tahun kita wujud kerana pandemik. Peluang kini sudah nampak cerah dan kami boleh buat kejutan.

Mengapa begitu yakin?
Memang terbukti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), rakyat sudah mula mencari alternatif kepada parti yang sudah lama memerintah. Kali ini tidak banyak berbeza. Sentimen pengundi daripada golongan yang susah semakin kuat. Mereka nanti peluang untuk pilih parti baharu seperti Sedar.

Respons pengundi?
Sambutan amat memberangsangkan dan hangat buat calon-calon kami.

Berapa kerusi boleh menang?
Kesemua lima kerusi.

Apa perancangan minggu akhir kempen?
Hari-hari terakhir ini kemuncak. Semua calon akan buat lawatan ke setiap kampung. Kami akan maksimumkan pertemuan bersemuka mengikut SOP yang dibolehkan. Kempen all out. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN