Polis siasat video buli pelajar - Utusan Malaysia

Polis siasat video buli pelajar

TANGKAP layar rakaman video kejadian buli pelajar yang tular dalam media sosial hari ini. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Polis Kuala Kangsar diarah menjalankan siasatan berhubung rakaman video kejadian buli melibatkan pelajar sekolah yang tular dalam media sosial hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, beliau telah mengarahkan polis Kuala Kangsar menjalankan siasatan ekoran kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah sekolah di Kuala Kangsar.

Katanya, sebarang maklumat mengenai kes tersebut akan dimaklumkan kepada media dalam masa terdekat.

“Saya baru terima video tular itu pagi ini dan telah mengarahkan polis Kuala Kangsar untuk menjalankan siasatan bagi mengetahui bila kejadian buli itu berlaku.

“Kadang-kadang, kejadian berlaku sudah lama, tetapi, ditularkan semula, apa pun saya belum dapat beri pengesahan, biar kita siasat dan dapat kesahihan dahulu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Kampar dan Pengerusi PERKEP Daerah Kampar  di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di sini hari ini.

Hari ini tular video berdurasi 10 saat  yang merakamkan seorang pelajar menumbuk seorang pelajar lain di dalam asrama.

Video tersebut tular dalam laman Twitter dan mendapat perhatian warganet dengan tontonan sebanyak 528,000 dan lebih 30,000 perkongsian. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya