fbpx

Menang Piala Malaysia: Warga KL, Putrajaya, Labuan cuti Jumaat

Para penyokong Kuala Lumpur City yang hadir memberi sokongan pada perlawanan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini. -UTUSAN/ FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan cuti pelepasan am bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada Jumaat ini bersempena meraikan kemenangan Kuala Lumpur (KL) City FC menentang Johor Darul Ta’zim dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, malam tadi.

Menurut Shahidan, pemberian cuti pelepasan itu juga bagi meraikan penantian selama 32 tahun pasukan KL FC menjulang piala berkenaan.

“Bersempena dengan kemenangan Piala Malaysia edisi ke-100 buat pasukan KL City FC malam semalam, yang juga turut menamatkan penantian pasukan Kuala Lumpur selama 32 tahun, saya dengan berbesar hati mengumumkan Hari Kelepasan Am Tambahan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada hari Jumaat ini, 3 Disember 2021,” kata Shahidan.

Dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, KL City mengakhiri kemarau 32 tahun untuk muncul juara Piala Malaysia selepas membenam Johor Darul Takzim (JDT) 2-0.

Kali terakhir KL City merangkul piala tertua di Malaysia itu ialah pada 1989. -UTUSAN ONLINE

 

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!