Cucu Taib Mahmud mahir tujuh bahasa - Utusan Malaysia

Cucu Taib Mahmud mahir tujuh bahasa

ABDUL AZIZ ISA MARINDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH

Pada 16 September 2017, Abdul Aziz Isa Marindo, pembantu khas kepada pengerusi DAP Sarawak ditangkap pihak berkuasa kerana didakwa mengaibkan seorang bekas Perdana Menteri.
Agak lantang bersuara, cucu saudara kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud itu belajar daripada kesilapan lalu. Mempertaruhkan diri di Batu Kitang buat kali kedua dalam pilihan raya Sarawak kali ini, Abdul Aziz ada nilai tambah selaku calon. Wartawan Utusan Malaysia, MOHD FADHLI MOHD SULAIMAN mencungkil kelebihannya.

UTUSAN: Mungkin anda satu-satunya calon Islam dipertaruhkan DAP?
ABDUL AZIZ: Saya berbangsa Melanau-Iban. Nama saya tipikal Melayu. Seringkali digunakan pihak sana sebagai alat untuk menyerang saya.

Kenapa pilih DAP?
DAP satu-satunya parti sekular. Malah ideologi DAP lebih baik berbanding parti-parti lain yang hanya mencanang Islam dan Melayu dalam politik mereka. Bukankah di Asia Barat seperti Turki pun, agama dan pentadbiran dipisahkan?

Apa kelebihan anda?
Saya boleh berkomunikasi dan menulis dalam tujuh bahasa termasuk Mandarin, Hakka, Iban, Bidayuh, Melanau dan Inggeris. Hubungan saya dengan ketua-ketua kaum, gereja dan pusat-pusat ibadat lain terjalin erat.
Bukan disebabkan parti sahaja, tetapi kerana jenama ‘Abdul Aziz Isa’ adalah kekuatan saya.

Latar belakang saudara?
Ibu saya beragama Kristian dan memeluk Islam kerana berkahwin dengan ayah. Saya dibesarkan oleh keluarga di kedua-dua belah pihak. Ini perkara biasa di Sarawak.

Bukankah anda dikenali lantang bersuara hingga tak takut ditahan pihak berkuasa?
Memang dahulu sikap saya sangat berapi-api. Masih muda kan, sering lakukan kesilapan. Tapi saya percaya peluang sentiasa ada untuk berubah menjadi lebih baik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN