Capaian internet rendah penentu pemenang? - Utusan Malaysia

Capaian internet rendah penentu pemenang?

Sebahagian penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang hadir memberi sokongan kepada calon mereka, Abang Johari Tun Openg di Pusat Penamaan Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong, Dewan Masyarakat Gedong, semalam. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAPAIAN internet rendah dengan kekangan Covid-19 masih diperangi memberi kelebihan menang besar kepada parti yang memiliki akar umbi (grassroot).

Jika itu menjadi faktor, Gabungan Parti Sarawak (GPS) diketuai tonggaknya, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menjadi pilihan.

Dengan kekuatan 300,000 ahli daripada keseluruhan 1.2 juta pengundi Sarawak, menyandang 48 kerusi Dewan Undangan Negeri serta 12 kerusi Parlimen, PBB ibarat abang besar.

Kekuatan akar umbi merencanakan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka, 20 November lalu. Kaut 21 daripada 28 kerusi DUN.

Untuk PRN Sarawak ke-12 ini, PBB pertaruhkan calon teramai, 47 orang. Ia diikuti rakan gabungan, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan 18 calon, Parti Rakyat Sarawak (PRS) kekal 11 kerusi serta Parti Demokratik Progresif (PDP) sebanyak lima calon.

Prosedur Operasi Standard (SOP) dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan larangan kempen fizikal ke atas 18 kerusi. Baki 64 kawasan DUN lagi termasuk Gedong ditandingi presiden PBB merangkap Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang kadar liputan rangkaian 4G yang rendah diizinkan berbuat demikian.

Kempen dibenarkan menerusi sesi ceramah selama dua jam serta tidak lebih pukul 10 malam di lokasi tertutup.

Pasca pandemik Covid-19 mengakibatkan sebahagian besar pengundi enggan keluar, sekali gus peratusannya merosot. Di Melaka tempoh hari, jumlah pengundi yang keluar hanya 65.85 % atau 326,068 daripada 495,195 pengundi.

Adakah isu kes Covid-19, diikuti SOP ketat, lokaliti, akar umbi hingga membawa peratusan keluar rendah dijangka 18 Disember ini akan menguatkan lagi gesaan bubar Parlimen?
Terdekat, adakah Februari, awal lima bulan sebelum Julai 2022? Lantas, melanggar daripada apa yang disepakati dalam memorandum persefahaman (MoU) pembangkang-kerajaan 13 September lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN